Ini adalah laman web alternate untuk Normas Yakin.
Untuk rujukan mutakhir, rujuk:

www.mynormas.com

 

 

Home

 

Sebab dan Faedah

 

 

5 Sebab Kenapa Kita Patut Tanam Rumput Turf Di Halaman Rumah

1.     Halaman rumah akan membantu mengindahkan kejiranan anda.

2.     Tempat rehat dan bersantai untuk keluarga dan tetamu

3.     Halaman rumah yang cantik dan terurus akan memberi gambaran yang baik tentang tuan rumah.

4.      Tempat yang selesa untuk menghibur, bekerja atau dilawati.

5.      Menaikkan harga rumah.

 

Siapa "Normas"
Pencapaian
Pengalaman
Pendidikan

Apa itu rumput
Bahagian rumput
Cara pembiakan
Jenis rumput
Faktor pemilihan
Rumput utama

Nama saintifik

Di halaman rumah
5 sebab
10 Faedah

Penyediaan tapak
Penanaman
Pembajaan

Masalah2 rumput

English Section
Turfgrass diseases

Grasses on greens
Golf course Machinery
Grasses on fairways

 

 10 Faedah Utama Rumput

1.                  Menghalang hakisan tanah.  Kawasan yang berumput akan mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang botak.

2.                  Mengurangkan habuk.  Kawasan lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca kering.

3.                  Mengelakkan larian permukaan.  Pergerakkan air hujan yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya.

4.                  Menapis air, rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir ke dalam tanah atau ke sungai, tasik dan sebagainya.

5.                  Permukaan daun rumput (dan juga lain tumbuhan) boleh memerangkap sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar.

6.                  Membekalkan oksigen.  Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2).

7.                  Penyejukkan.  Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput turf akan menyejukkan kawasan sekelilingnya.

8.                  Kecantikkan.  Walau jenama apa pun tile atau marmar yang digunakan, di hari yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata.

9.                  Nilai hartanah.  Samada tanah sebesar setem poskad di rumah teres ataun taman permainan di kawasan perumahan, rumput hiasan yang terurus boleh menaikkan harga rumah atau hartanah.

10.              Kawasan sukan dan rekreasi.  Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan rekreasi kanak-kanak ataupun padang-padang sukan.

 

 

   

 

Normas Yakin is a turf manager who loves the outdoors and believes there is a better way to manage turf and landscaping without affecting the environment. He doesnt mind sharing his knowledge and if you want his advice on how to manage your turf, contact him at

 mynormas @ yahoo.com

 (without the blank spaces)

 

Khidmat ini tidak interaktif dan bergantung kepada pemahaman anda kepada tulisan saya. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah,  kesulitan, atau kerosakan yang anda hadapi dari maklumat yang anda guna dari laman web ini. Sila hubungi saya di mynormas @yahoo.com untuk sebarang maklumat/komen.