www.mynormas.com

Laman web untuk rujukan rumput turf

 

 

 

Home

 

Masalah2 Rumput Turf

Siapa "Normas"
Pencapaian
Pengalaman
Pendidikan

Apa itu rumput
Bahagian rumput
Cara pembiakan
Jenis rumput
Faktor pemilihan
Rumput utama

Nama saintifik

Di halaman rumah
5 sebab
10 Faedah

Penyediaan tapak
Penanaman
Pembajaan

Masalah2 rumput

English Section
Turfgrass diseases

Grasses on greens
Golf course Machinery
Grasses on fairways



Bayangkan ini, anda sedang berada di halaman rumput anda yang telah anda bela dan manjakan selama 6-7 bulan sejak anda pindah ke rumah ini.  Hari cuti yang indah; tidak panas tetapi tidak ada tanda-tanda hujan.  Anda ingin untuk membuat sedikit kerja2 merumpai. Tetapi anda terhenti; anda nampak tompok-tompak kuning di tengah2 laman rumput kesayangan anda. APA NI !?    

 
Jangan lupa bahawa rumput turf ialah benda hidup, dan seperti benda hidup lain, ia mempunyai musuh dan penyakit. 

Jadi, adakah tompok2 itu penyakit rumput turf?

Sebelum membuat andaian bahawa tompok2 itu ialah penyakit, pastikan ia bukan disebabkan oleh benda lain.

Kecederaan, stress (ya encik, rumput pun ada stress) atau kekurangan boleh menghasilkan simptom yang sama dan juga boleh menyebabkan penyakit.  Kadang2 benda lain ini ialah benda yang anda boleh kawal, jadi adalah bijaksana untuk mengenali dan memperbaiki keadaan2 ini dahulu.

Utk menentukan bahawa masalah ini  adalah cedera, stress atau kekurangan, berikut adalah beberapa contoh dan cara untuk mengelakkannya.

1. Kecederaan.

Tertumpah baja, racun atau minyak. Buat kerja mengisi atau mengukur atau membancuh baja, racun dan sebagainya di luar kawasan rumput.  JIKA tertumpah ke atas rumput, kutip apa yang boleh dan banjir kawasan tumpahan dengan air untuk mencairkan.  Lap dengan kain atau mop dan perah di luar rumput.
Najis Kawasan ini akan mati dan kelilingnya berwarna hijau.  Banjirkan kawasan ini dengan air.
Terlalu banyak lalu lalang.Tanah termampat. Kawasan ini perlu pengudaraan. Longgarkan tanah padat. Alihkan laluan ke tempat lain. Tambah organik.  Tanam semula jika perlu. 
Potong terlalu rendah Akan menyebabkan daun rumput terpotong hingga nampak batang atau akar.  Tinggikan pemotongan.  Adjust mesin.


2. Stress

Terlalu banyak atau terlalu kurang air. Siram hanya bila perlu (bukan sehari 2x).  Siram pada awal pagi.
Terlalu banyak atau terlalu kurang baja Terlalu banyak baja, pertumbuhan terlalu cepat. Terlalu sikit akan menyebabkan rumput kurus tak cukup makan. 
Terlalu banyak racun Racun kimia yang banyak boleh 'membakar' rumput.  Ikut arahan label di botol.


3. Kekurangan (defisiensi)

Nitrogen Daun tua akan berwarna hijau muda.  Pertumbuhan laman terbantut. Tambah baja sedikit demi sedikit hingga anda nampak perbezaan.  Untuk rumput taman, stadium atau padang golf; baja mengikut kadar yang disyorkan utk rumput anda atau gunakan nasihat pakar.
Zat besi Bukan untuk manusia sahaja.  Daun muda berwarna kuning.  Pertumbuhan laman seperti biasa. 
Gunakan baja yang mengandungi zat besi.
Air Rumput mula kering.
Siram (apa lagi?)


4. Lain2 hal selain penyakit

Kurang cahaya matahari Rumput memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk melakukan fotosintesis. Jika rumput tidak mendapat cukup; ia akan tumbuh panjang, kemudian ia akan mengurus dan mula tumbuh jarang.
Pilih spesis/variety yang tahan teduhan (shade tolerant).
Serangga Perhati rumput secara dekat, ada bekas kena makan? Rumput boleh ditarik dari tanah dengan mudah?  Banyak burung diatas laman anda? Kita akan bincang isu ini lagi.