Normas Yakin is a turf manager who loves the outdoors and believes there is a better way to manage turf and landscaping without affecting the environment. He doesnt mind sharing his knowledge and if you want his advice on how to manage your turf, contact him at

 mynormas @ yahoo.com

 (without the blank spaces)

 

www.mynormas.com

Laman web untuk rujukan rumput turf

 

Home

PEMAKANAN RUMPUT

Siapa "Normas"
Pencapaian
Pengalaman
Pendidikan

Apa itu rumput
Bahagian rumput
Cara pembiakan
Jenis rumput
Faktor pemilihan
Rumput utama

Nama saintifik

Di halaman rumah
5 sebab
10 Faedah

Penyediaan tapak
Penanaman
Pembajaan

Masalah2 rumput

English Section
Turfgrass diseases

Grasses on greens
Golf course Machinery
Grasses on fairways

 

Tajuk artikel ni bukanlah nak suruh awak makan rumput. Tapi nak cerita bahawa rumput turf adalah sejenis tumbuhan. Tumbuhan adalah sejenis benda hidup.  Seperti benda hidup yang lain, rumput turf juga perlukan pemakanan dalam bentuk nutrien.  Kita boleh juga samakan nutrien ni seperti vitamin untuk manusia.

Manusia perlukan vitamin A, C, E, B5, B12 dan sebagainya, dengan tiap-tiap vitamin mempunyai fungsi masing-masing. Begitu juga tumbuhan memerlukan nutrient seperti C, H, O, N, P, K, Mg. dan sebagainya.  Berbeza dengan manusia yang boleh mengambil vitamin samada secara terus melalui pil tambahan ataupun melalui makanan yang mempunyai vitamin tersebut, tumbuhan pula akan mengambil nutrient tersebut secara langsung dari alam sekitarnya. 

Kehidupan tumbuhan bergantung kepada fotosintesis, suatu proses dimana tumbuhan akan menukarkan tenaga dari matahari kepada karbohidrat.  Proses fotosintesis ini berlaku dalam bahagian kecil dalam sel yang dinamakan kloroplas yang juga memberi warna hijau kepada tumbuhan.

Hingga kini, kebanyakkan pakar bersetuju bahawa tumbuhan memerlukan 16 – 17 nutrien untuk tumbuh dengan baik.  Tanah di kebanyakkan masa ialah tabung yang baik untuk kebanyakkan nutrient ini, tapi tanah mempunyai kandungan nutrient yang berbeza dan mempunyai keupayaan yang berbeza untuk membekalkan nutrient tersebut kepada tumbuhan.  Kekadang, walaupun nutrient tersebut ada dalam tanah, tapi atas sebab tertentu, contohnya pH terlalu tinggi atau rendah, terlalu basah atau terlalu kering; tumbuhan tidak dapat mengambil nutrient tersebut. Tapi itu kita akan bincang dalam artikel yang lain.

 

 

Baja apa?

Soalan ini terikat kepada "kenapa baja"? Kalau kita baja pada waktu baru tanam, kita akan lebihkan P kerana umumnya P berguna utk akar. 

N bagus utk daun dan warna hijau.  Awas terlalu banyak N tak bagus utk kesihatan!

K baik utk bunga, buah, dan kesihatan am rumput (awak nak petik buah rumput ke?) Tapi saya selalu syorkan supaya nisbah N:K ialah 1:1 hingga 1:2. 

Pokoknya, gunakan Makro-nutrien banyak, nutrien sekunder kurang (S tak payah pun takpe utk laman.) Mikro nutrien gunakan lah dalam kuantiti yang... mikro.

Nutrien tersebut boleh dibahagi ke dalam tiga kategori:

Kategori

Nutrien

Simbol

Makronutrien

Karbon

Hidrogen

Oksigen

Nitrogen

Fosforus

Kalium (Potassium)

C

H

O

N

P

K

Nutrien Sekunder

Kalsium

Magnesium

Sulfur

Ca

Mg

S

Mikronutrien

Besi

Manganese

Zink

Kuprum

Molibdenum

Boron

Natrium

Klorin

Silika

Fe

Mn

Zn

Cu

Mo

Bo

Na

Cl

Si

Baja organik atau kimia?

Yang penting ialah kandungan baja itu sendiri. Ada berapa banyak Nitrogen, Fosforus, Kalium dan sebagainya dalam baja? 

Ada orang kata baja organik itu mesra-alam, tapi jika jumlah yang dicampak ke atas rumput itu berlebihan dari yang boleh diguna oleh rumput;  baja itu akan mengalir kedalam tanah seterusnya ke sumber air sama seperti baja kimia.

Sebab2 utama utk menggunakan baja organik ialah;
1.Ia mempunyai margin kesilapan yang besar.  Tersilap tabur atau tersilap baja, rumput tak mati atau 'bakar'.
2.Kebanyakkan jenis baja organik juga mempunyai unsur2 lain yg tak tercatat yg boleh menyuburkan tanah.
3.Selalunya baja ini juga mempunyai bahan yang boleh membaiki struktur tanah.
4.Teknik pembuatannya; menggunakan sisa buangan adalah confirm mesra-alam.
5.Penggunaanya, ditangan org yg tidak terlatih, adalah lebih mesra-alam dari baja kimia.
6.Baja organik mengandungi bakteria/kulat yang membantu kesuburan tanah.

Bila nak baja?

Pagi atau petang elok.  Tengahari, orang panas rumput pun panas.  Pastikan disiram dengan elok lepas baja. Tolong jangan siram sebelum hujan. Kita nak baja rumput, bukan  parit.

Berapa selalu nak baja? 

Kaedah saintifik kata rumput Bermuda perlukan 600g N/100m2/bulan. Ini untuk padang golf atau stadium. Saya kata; secukup rasa.  Asal rumput tak mati atau terlalu panjang dan hijau.  Terlalu banyak baja; tak larat nak memotong lak nanti.

Makronutrien

Tiga dari enam Makronutrien (Karbon, Hidrogen dan Oksigen) boleh didapati dari udara dan air. Dari semua nutrient itu, Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Kalium (K) yang diperlukan dalam kuantiti yang paling banyak. Tahu tak, K-a-l-i-u-m disebut sebagai Potassium oleh orang Amerika yang perasan terer tu.  N-a-t-r-i-u-m pulak disebut sebagai Sodium. Entah lah kenapa.

Baja ('pupuk' kata orang Indonesia) 

Bila kita beli baja untuk rumput, orkid, kelapa sawit, atau pasal tak ada kerja lain memang suka nak beli baja, apa yang kita akan nampak analisis tiga elemen iaitu N-P-K; contohnya 15-15-15, 12-12-17, 25-3-3 atau 0-0-50.  Ini adalah dalam bentuk peratusan.  Jika anda hairan kenapa jumlahnya tak jadi 100%, jawapannya ialah kerana bakinya ialah ‘filler’ atau bahan-bahan yang menjadi ‘pengangkut’ kepada nutrient-nutrient tersebut.

Untuk rumput baru tanam, cari baja yang nisbah "P" nya tinggi. Contohnya : 11-55-0, 5-13-5 dan sebagainya.  Kalau anda nak warna hijau pada rumput; gunakan baja mikro-nutrien Ferrum.  Jangan lebihkan Nitrogen kerana ia mempercepatkan pertumbuhan daun.  Ini menyebabkan lebih banyak memotong. Ia juga menyebabkan sel2 daun menjadi gemuk dan lembut; memudahkan rumput diserang penyakit. 

 

Kenapa perlu membaja? (mempupuk?)

Penuaian hasil, kalau dalam rumput turf; pemotongan rumput, larutlesap (leaching), pengwapan (volatilization) dan hakisan menyebabkan kandungan baja dalam tanah sentiasa dikurangkan.  Produktiviti tanah boleh di kekalkan dengan penggunaan aplikasi baja pelbagai-nutrien yang di uruskan dengan betul. 

Bila kita perlu membaja? (Ini untuk kawasan rumput besar seperti stadium atau golf course).

Ada dua cara yang biasa digunakan untuk menentukan masa untuk membaja.

1. Mengikut Kalendar

  1. Ikut kebiasaan, kalau orang dulu-dulu letak baja sebulan sekali, kita pun letak baja sebulan sekali.
  2. Ikut kajian, contohnya, kajian mengatakan Nitrogen diperlukan sebanyak 600 -1000g/100m2/bulan.
  3. Ikut orang, jiran kita atau kawan baik kita atau bos kata letak 2kg baja sebulan sekali, kita pun ikut sahaja lah. 

2. Mengikut soil test

            Kita akan mengambil contoh tanah (dan tisu tumbuhan) dan kita hantar ke makmal yang baik.  Contoh itu di analisa mengikut cara tertentu, dan hasil analisis itu dikaji oleh seorang Agronomist yang berpengalaman yang akan memberi pendapatnya tentang jenis dan kuantiti baja atau nutrient yang diperlukan dan bila ia akan di aplikasikan.

Kalau kita gunakan baja air ikan, taik ayam, taik kelawar dan lain-lain, apa yang akan berlaku ialah beberapa proses tertentu akan menukarkan kandungan-kandungan dalam bahan tersebut kepada nutrient yang boleh di gunakan oleh tumbuhan.  Kalau nak cuba tuang “nasi goreng istimewa” atau “mee goreng mamak” pun sama, ia akan ditukarkan kepada nutrient yang boleh digunakan oleh tumbuhan.  Kalau tidak, ia akan membazir saja. 

 

Tip2 lain tentang baja

Jika menggunakan baja organik, seminggu sekali paling kerap.  Baja kimia; 2 minggu sekali dah lebih dari cukup.

Pastikan lepas tabur anda siram supaya baja tidak duduk atas permukaan daun rumput. Ni utamanya baja kimia.  Tindakbalas garam dalam baja tu akan menarik air keluar dari rumput dan menyebabkan rumput nampak 'bakar'.

Kalau hari ni tabur baja besok lusa rumput tumbuh panjang,  sampai seminggu; tandanya terlalu banyak baja. 

Beli baja dalam kuantiti yang sedikit dan rajin2lah buat eksperimen sendiri. 

Khidmat ini tidak interaktif dan bergantung kepada pemahaman anda kepada tulisan saya. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah,  kesulitan, atau kerosakan yang anda hadapi dari maklumat yang anda guna dari laman web ini. Sila hubungi saya di mynormas @yahoo.com untuk sebarang maklumat/komen.