www.mynormas.com

Laman web untuk rujukan rumput turf

 

Home

 

PENYEDIAAN TAPAK

Siapa "Normas"
Pencapaian
Pengalaman
Pendidikan

Apa itu rumput
Bahagian rumput
Cara pembiakan
Jenis rumput
Faktor pemilihan
Rumput utama

Nama saintifik

Di halaman rumah
5 sebab
10 Faedah

Penyediaan tapak
Penanaman
Pembajaan

Masalah2 rumput

English Section
Turfgrass diseases

Grasses on greens
Golf course Machinery
Grasses on fairways

Selepas kita pilih jenis rumput, kita akan tanam.

 Ada beberapa kaedah penanaman rumput. Tapi apa cara pun yang kita pilih kawasan yang akan ditanam tetap memerlukan penyediaan tapak.

 Langkah2 penyediaan tapak tanaman

  1. Ujian tanah (Soil test) Boleh dibuat di UPM atau bertanyalah kpd pegawai Jabatan Pertanian yg berdekatan. Tapi jika kawasan tanaman kecil dan awak menggunakan tanah bakar atau tanah hitam. Ini tak payah pun takpe. Tapi kalau ni tanah kuning yg kontraktor lambak depan rumah, atau dari dulu tanam apa pun tak menjadi; awak boleh pilih utk buat soil test (paling tidak pun test pH tanah) atau awak yang pergi mandi bunga.

Tujuan utama ujian tanah ialah untuk mengetahui unsur apa yang kurang untuk tanah tu dan kesesuaian tanah tu untuk sebarang jenis tanaman.  Keperluan unsur (atau nutrien) dari satu tanaman ke tanaman lain berbeza, so tanah yang tidak sihat untuk suatu jenis pokok mungkin sesuai untuk rumput. Mungkin juga suatu kawasan itu terlalu berasid atau beralkali untuk rumput dan perlu pengubahsuaian.  

  1. Kawalan rumpai - Paling senang dengan pembajakan tanah. Racun pun boleh jugak, 2 - 3 round ke. Saya biasa cadangkan Round-up sebab dia racun sistemik jadi racun akan meresap ke semua bahagian tanaman. Biar seminggu dua; lepas tu bajak.
  1. Pembersihan kawasan - Buang batu besar, tunggul, bangkai, dan lain-lain.
  1. Pengairan dan saliran – Untuk halaman besar, park, padang bola atau golf, masalah besar ialah air. Air masuk dan air keluar. Kita tak nak di musim kering, rumput kita kuning atau mati kekeringan. Kita juga tak nak, di musim hujan, air bertakung merata-rata. Di kebanyakan masa kita boleh pasang sistem sprinkler untuk pengairan dan rangkaian longkang bawah tanah (sub-soil) untuk saliran.
  1. Baja - Ni utamanya pada org yg rajin (dan  kaya) utk buat soil test tadi. guna kan lah baja yg mengandungi nutrien yg kurang dlm tanah. Paling tidak pun baja yg tinggi P nya utk menggalak akar. Masa ni lah jugak utk membetulkan pH tanah. Biasanya - gunakan kapur lime.  Paling biasa orang buat ialah dengan menggunakan CIRP atau DAP pada kadar rendah.
  1. Bajak - Guna mesin bajak ditarik oleh traktor besar hinggalah menggunakan cangkul utk melonggar dan membalikkan tanah. Fungsinya         ialah a. 7membancuh7 baja atau kapur ke dalam tanah. b. membantu akar tumbuh ke dalam tanah c. ketulan-ketulan tanah yang lebih kecil juga menyenangkan permukaan tanah diratakan.
  1. Rake – bermaksud menarik permukaan dengan pencakar (secara manual atau menggunakan mesin). Kita boleh membersihkan permukaan tanah dari apa-apa yang dibawa keluar dari tanah sewaktu pembajakan.
  1. Pembentukan tanah – Lepas tu untuk kawasan besar, kita boleh berfikir untuk membentuk rupabentuk mukabumi tanah tu seperti yang kita mahu.  Kita nak laman yang beralun ke, nak rata macam padang bola ke. Suka hati la. Hanya ingat, bukan untuk sekadar kecantikan, tapi juga untuk membantu aliran permukaan air ke tempat pembuangan air (sump, longkang; terbuka atau bawah tanah)

Lepas tu kita boleh mula untuk proses selanjutnya iaitu penanaman.

 

Membentuk tanah.
Orang selalu ingin membentuk tanah untuk mengalirkan air keluar melalui 'larianpermukaan' (surface run-off) tetapi caranya salah: Ingat bahawa cara ini paling berkesan dalam jarak 5meter dari titik air tu tiba di tanah anda hingga ke tempat anda ingin dia keluar.  Ertinya, kalau lebih dari 5 meter, anda perlu pikirkan tentang saliran tambahan (akan ada satu muka tentang saliran dimasa akan datang). Lebih jauh jarak air mengalir, lebih banyak masa ia ambil, lebih lama anda tunggu untuk kering.
Prinsip saliran; air akan mengalir melalui jalan paling sikit rintangan (path of least resistance). Gunakan tanah yang padat utk membentuk saliran permukaan, bukan pasir.  Air akan meresap kedalam pasir hingga ia bertemu tanah padat di bawah. Ertinya, ia mengalir ke bawah dulu, kemudian ia mengalir ke tepi. 

Khidmat ini tidak interaktif dan bergantung kepada pemahaman anda kepada tulisan saya. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah,  kesulitan, atau kerosakan yang anda hadapi dari maklumat yang anda guna dari laman web ini. Sila hubungi saya di mynormas @yahoo.com untuk sebarang maklumat/komen.