Normas Yakin is a turf manager who loves the outdoors and believes there is a better way to manage turf and landscaping without affecting the environment. He doesnt mind sharing his knowledge and if you want his advice on how to manage your turf, contact him at

 mynormas @ yahoo.com  (without the blank spaces) 

www.mynormas.com

Laman web untuk rujukan rumput turf

 

Home

 

PENANAMAN

 

Siapa "Normas"
Pencapaian
Pengalaman
Pendidikan

Apa itu rumput
Bahagian rumput
Cara pembiakan
Jenis rumput
Faktor pemilihan
Rumput utama

Nama saintifik

Di halaman rumah
5 sebab
10 Faedah

Penyediaan tapak
Penanaman
Pembajaan

Masalah2 rumput

English Section
Turfgrass diseases

Grasses on greens
Golf course Machinery
Grasses on fairways

Selepas penyediaan tapak, tentulah kita akan menanam rumput kita. 

Dengan mengandaikan di depan kita sekarang ada kawasan yang akan kita tanam rumput siap

Kita boleh tanam rumput dengan tiga jenis kaedah.

i.         bijibenih

ii.       sod dan

iii.      sprig atau stolon.

Cara paling murah untuk tanam rumput di Malaysia ialah dengan stolon.  Cara paling mahal tapi paling cepat ialah dengan sod.  Lebih rapat jarak diantara sod, lebih cepat awak dapat halaman atau padang idaman awak. 

Sebelum awak berlari mencari kamus atau nak “google” istilah-istilah teknikal biar saya jelaskan.  Stolon ialah sebahagian dari akar rumput yang masih boleh tumbuh.  Sprig boleh dikatakan bahagian yang lebih kecil dari sod. Sprig biasanya tiada tanah.  Sod ialah sekeping tanah yang mempunyai rumput. Biasanya di beli dengan keluasan 1- 2 kaki persegi dari nursery. Cara sod kebaikan nya ialah rumput lebih tahan kalau lambat siram, dan bila hujan lebat tak lah dia senang sangat hanyut. Cara ini juga kadang2 dipanggil sebagai "close turfing". Anda boleh membeli sod dari nursery dan mencerai-ceraikannya dgn parang (atau tangan) untuk menjadikan sprig.

Di bahagian lain saya cerita panjang lagi tentang sod, sprig dan stolon.  Cara bijibenih jarang digunakan di Malaysia.  Bijibenih rumput biasanya diimport, dan lazimnya segala tanaman dari bijibenih belum tentu terjamin perwatakan “anak” sama seperti apa yang kita inginkan.

 

 

 

Tanam!

 Tiba masa untuk tanam.

 1.       Taburkan sprig atau stolon di tempat yang kita dah sediakan.  Atau kalau kita sod, kit susun sod kita. Ingat untuk susun sod macam kita susun batu-bata; tempat sambungan antara barisan sod tidak bertemu dengan barisan di bawah atau atasnya.

 2.       Taburkan selapis nipis pasir di atas sprig, stolon atau sod tadi.  Satu tujuan ini ialah supaya rumput tadi tidak terdedah kepada matahari secara langsung.  Lagipun akan memudah kan kita untuk meratakan permukaan tadi.

cara tanam menggunakan sod. Jika kawasan anda pada lereng bukit dan ada 'larian permukaan' ketika hujan, atur sod anda berselang macam batu-bata supaya air TIDAK mempunyai satu saliran yg lurus utk mengalir kebawah.

cara tanam menggunakan stolon. Pastikan terdiri dari bahagian stolon atau rhizom rumput. Jika ada hanya daun atau akar; stolon mungkin tidak tumbuh.

 

Cara tanam dengan sprig. Sama macam tanam padi bukit;  tolak akar masuk ke dalam tanah. Saiz sprig bergantung pada saiz kawasan. Utk kawasan kecil, jadikan sprig sebesar ibu jari dan tanam rapat. Jarak antara sprig sebaiknya tidak lebih 4 kali saiz sprig.

3.       Tenggelamkan!  Setengah orang akan menggunakan ‘spike’ atau pencakar atau pun tayar mesin yang mempunyai bunga khas yang bila di guna atas permukaan tadi, akan membantu rumput untuk masuk sedikit ke dalam tanah.  Boleh juga roll guna roller kecil. Jangan guna stimrol! Jangan gelak, saya pernah lihat!

4.       Siram. Terutamanya stolon atau sprig.  Ia hanya sebahagian dari rumput dan mempunyai sedikit sahaja bekalan air dalam tubuhnya. Ia akan cepat kering.  Jangan siram banyak. Siram selalu.  Berapa selalu? Bergantung kepada cuaca. Pada hari pertama saya amalkan membasahkan stolon tu, tiap tiap 15 minit. Tapi sod kena siram sampai anda anggarkan tanah dibawah sod itu basah.

5.       Baja. Ingat. Ia tiada makanan simpanan dan kurang atau tiada akar untuk mencari makanan.  Baja sikit tapi selalu.  Saya sangat galakkan baja organik atau baja tepung dari jenis CIRP. Ketulan baja kimia biasa boleh ‘membakar’ rumput kalau tak disiram dengan betul.  Jika mahu, gunakan baja kimia jenis 15-15-15 atau DAP (Diammonium Phosphate, bukan parti politik) yang boleh di dapati dari mana-mana nursery atau supermarket besar. Siram selepas baja!  Kalau ragu2, rendam baja dalam air dan siram air tersebut. Lepas tu siram dengan air kosong lagi. Hati2 dengan tangan anda. Ada org sensitif terhadap baja.

 

6.       Potong.  Potong sebaik saja rumput tersebut cukup tinggi untuk dipotong.  Biasanya dalam 10mm. Walaupun akhirnya anda ingin rumput anda tinggi lebih dari 10mm.  Ini kerana lebih selalu rumput dipotong, lebih rapat ia tumbuh. Bila dah rapat (sebulan - 2 bulan) baru potong rendah atau tinggi. Turun atau naik 0.5mm sahaja setiap kali menukar ketinggian (Amaran: formula berbeza diguna utk green padang golf).

7.       Merumpai (weeding). Selalu lah merumpai rumput liar.  Jangan guna racun hingga tahun kedua.

8.       Potong.

9.       Baja. Pada peringkat ini, saya suka amalkan prinsip sikit tapi selalu. Ingat, pada peringkat ini, rumput mempunyai akar yang pendek untuk mencari baja jauh ke dalam tanah.  Dan ia juga tak mampu utk menyimpan nutrien.

10.   Siap.

11.  Merumpai (anda tak pasti rumput tu rumput liar atau rumput yang anda hendak? Cabut, lebih baik selamat.) Kalau botak merumpai, tanam lain. Jangan menyesal nanti bila dah tanam ada banyak rumput liar.  Ia cepat membiak.

12. Merumpai.

13. Merumpai