www.mynormas.com

Laman web untuk rujukan rumput turf

 

Home

 

Cara-cara rumput membiak

 

Siapa "Normas"
Pencapaian
Pengalaman
Pendidikan

Apa itu rumput
Bahagian rumput
Cara pembiakan
Jenis rumput
Faktor pemilihan
Rumput utama

Nama saintifik

Di halaman rumah
5 sebab
10 Faedah

Penyediaan tapak
Penanaman
Pembajaan

English Section
Turfgrass diseases

Grasses on greens
Golf course Machinery
Grasses on fairways

 

 

Rumput membiak umumnya dengan dua cara utama:

Benih

Ini ialah cara yang biasa kita kaitkan dengan tumbuhan. Tanam bijibenih, kita akan dapat tumbuhan. Hasilnya akan bergantung kepada sifat ibu dan bapa tumbuhan tersebut dan kadang-kadang berlaku perbezaan diantara sifat anak dan ibubapa.

Benih anda boleh beli di Supermarket atas jenama "Bermudagrass" ataupun "Carpetgrass". Spesis apa memang menjadi misteri kepada saya.

Anda menanamnya dengan pertama, menyemainya dalam "petak semaian" dulu.  Terus menabur bijibenih rumput yang halus ni ke laman anda akan menggemukkan burung dan cacing (dan tokey supermarket tadi).

Petak semaian ialah apa2 petak atau kotak (contohnya kotak kasut yang besar).  Letak pasir, tanah "top soil" dan sedikiiiit baja organik.  Lebih kurang segenggam utk kawasan seluas tapak tangan jadilah.  Pastikan organik yang tak mengandungi kimia (Nisbah baja N:P:K jangan lebih 5:5:5) Gaul lebih kurang 2 inci kedalaman.  Tabur benih tadi dengan nipis.  Siram dan doa.  Tunggu ia bercambah dalam lebih kurang seminggu-dua. Bela dan belai rumput tadi sehingga ia tumbuh rapat dalam petak semaian.  Dalam masa 2 bulan anda boleh mengambil rumput tadi dan menanamnya secara vegetatif ke laman anda yang masa ni dah mula ditumbuh oleh rumput lain.

Anda boleh mencuba tanam terus ke laman, utamanya jika anda adalah pemilik rumah teres dengan laman stem pos. Terus terang sebenarnya saya tak pernah berjaya. 

Tapi ... selamat mencuba.

Vegetatif

Melalui bahagian-bahagian tertentu rumput tersebut. Biasanya stolon atau rhizome. Cara ini biasa dilakukan untuk rumput-rumput hybrid (kacukan) yang biasanya menghasilkan bunga dan benih yang steril (mandul). Cara ini juga dilakukan untuk memastikan tumbuhan anak akan mempunyai sifat yang sama dengan tumbuhan ibu/bapa.

Stolon ialah sejenis akar yang menjalar di atas permukaan tanah. Rhizom ialah akar yang menjalar di bawah permukaan tanah.

Tiap jenis rumput akan mempunyai sifat “stoloniferous” atau “rhizomatous” yang akan menunjukkan bagaimana ia paling mudah dibiakkan.

Pucuk daun atau akar akan keluar dari nod.  Jika stolon atau rhizom ni mempunyai nod dan jatuh di kawasan yang mempunyai sekitaran yang sesuai; ia akan mengeluarkan pucuk akar dan daun untuk memulakan hidup baru sebagai suatu tumbuhan yang baru. 

Jika anda tanam dengan cara sprig; iaitu mengambil cebisan dari rumput dan tanah dan menanamnya, ia akan memulakan hidup sebagai suatu rumpun baru dan akan cuba untuk menjalarkan stolon dan rhizom di sekitarannya. 

 

Stolon yang digunakan sebagai bahan tanaman

Sprig yang agak besar.  Boleh kecik lagi.

Khidmat ini tidak interaktif dan bergantung kepada pemahaman anda kepada tulisan saya. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah,  kesulitan, atau kerosakan yang anda hadapi dari maklumat yang anda guna dari laman web ini. Sila hubungi saya di mynormas @yahoo.com untuk sebarang maklumat/komen.