Normas Yakin is a turf manager who loves the outdoors and believes there is a better way to manage turf and landscaping without affecting the environment. He doesnt mind sharing his knowledge and if you want his advice on how to manage your turf, contact him at

 mynormas @ yahoo.com

 (without the blank spaces)

 

www.mynormas.com

Laman web untuk rujukan rumput turf

 

 

Home

 

Jenis – jenis rumput turf

 

 

 

Siapa "Normas"
Pencapaian
Pengalaman
Pendidikan

Apa itu rumput
Bahagian rumput
Cara pembiakan
Jenis rumput
Faktor pemilihan
Rumput utama

Nama saintifik

Di halaman rumah
5 sebab
10 Faedah

Penyediaan tapak
Penanaman
Pembajaan


 Saya tak berminat untuk berbincang secara detail tentang apa itu rumput.  Tapi saya ingin memperkenalkan tentang tumbuhan yang telah saya jadikan sebagai satu kerjaya; rumput turf dan penjagaannya.

Sebarang jenis tumbuhan hidup yang boleh kerap dipotong pada ketinggian rendah boleh dianggap sebagai rumput turf.  Secara definasi, rumput turf ialah lapisan tumbuhan berguna termasuk bahagian atas tanah yang dipenuhi oleh akar, rhizome dan stolon. Apa benda tu?  Baca terus, nanti saya terangkan kat bawah.

 Di dalam bidang industri penyelenggaraan padang golf, rumput turf atau kadangkala di panggil rumput hiasan secara umumnya boleh di bahagikan kepada dua kumpulan; Warm Season (Musim Panas) dan Cool Season (Musim Sejuk).

 Rumput turf musim panas perlukan suhu optima dari 25 – 35 darjah Centigrade (80-95 darjah Fahrenheit) satu kumpulan rumput lagi hidup dalam suhu optima dari 15 hingga 25 darjah C (60 hingga 75 darjah F).

 Tentunya di Malaysia, kebanyakkan rumput turf ialah dari kumpulan rumput musim panas, kecuali green di padang golf Awana Genting yang menggunakan sejenis rumput musim sejuk.

 Hampir semua jenis rumput turf yang lazim digunakan adalah perennial, hidup lebih dari setahun. Tentunya rumput ini memerlukan nutrient, air dan udara untuk hidup.  Dan seperti tumbuhan lain, rumput turf sangat sensitive kepada sekitarannya.  Perubahan mendadak kepada sekitaran akan menguji ketahanan hidup tumbuhan itu. 

 

 

Saya akan beri nama biasa menggunakan nama Inggeris sebab nama dalam BM jarang digunakan (Rumput lembu? Rumput kerbau?  Rumput mutiara?).  Yang penting sebenarnya ialah nama saintifik, sebab lain orang lain nama biasa yang digunakan. Contohnya Carpetgrass, kalau di Amerika, ia merujuk kepada Axonopus compressus tapi di Malaysia selalunya ia adalah Zoysia tenufolia atau Zoysia velvet yang di nursery yang lain akan dipanggil Taiwangrass. Di Malaysia A. compressus kita panggil Cowgrass atau rumput lembu (agaknya lembu suka makan).  Tapi semua orang akan gunakan nama saintifik yang sama.  Tak payah nak sebut sangat, nanti tergeliat lidah.

Phillipinegrass

Baru-baru ini saya diberitahu oleh seorang teman bahawa dia pergi ke nursery untuk membeli rumput dan dia di tawarkan untuk menggunakan "philippinegrass". Setelah di siasat, saya dapati rumput tersebut besar kemungkinan ialah Zoysia japonica.  Rumput ni memang cantik (di nursery) tapi kelemahan nya ialah ia tidak tahan teduhan. Saya tidak mengesyorkannya utk halaman keliling rumah atau pokok.

Namanya jugak baru untuk saya.  Dulu saya biasa dengar rumput "Manilagrass".  Sekarang dah jadi "Phillipinegrass" pulak?

Untuk kawasan yang banyak teduhan, saya syorkan Pearlgrass, Cowgrass, Serangoongrass, Zoysiagrass (Zoysia matrella) atau Bermudagrass.

Untuk pengetahuan anda,  Zoysia matrella mempunyai bunga warna merah.  Zoysia japonica berbunga hijau.

Rumput Pearlgrass

Musim Panas (Warm Season)

Nama biasa

Nama saintifik

Bermudagrass

Cynodon spp

Buffalograss

Buchloe dactyloides

Centipedegrass

Eremochloa ophiuroides

Cowgrass

Axonopus compressus

Pearlgrass

Satu hybrid (kacukan) dari Cowgrass

St. Augustinegrass

Stenotaphrum secundatum

Water Couch

Paspalum vaginatum

Zoysiagrass

Zoysia japonica, Z. matrella, Z. tenufolia

 

Musim Sejuk (Cool Season)

Nama biasa

Nama saintifik

Bentgrass

Agrostis palustris

Bluegrass

Poa pratensis

Fine Fescue

Festuca rubra, F ovina

Ryegrass

Lolium perenne

Tall fescue

Festuca arundinaceae

Cowgrass dari jarak jauh (sorry). Perhatikan warna dan panjang daun berbanding Pearlgrass.