Siapa "Normas"
Pencapaian
Pengalaman
PendidikanApa itu
rumput
Bahagian rumput
Cara pembiakan
Jenis rumput
Faktor pemilihan
Rumput utama
Nama saintifik
Di halaman
rumah
5 sebab
10 Faedah
Penyediaan tapak
Penanaman
Pembajaan
Masalah2 rumput
English
Section
Turfgrass diseases
Grasses on greens
Golf
course Machinery
Grasses on fairways
|
Selepas kita pilih jenis rumput, kita akan tanam.
Ada beberapa kaedah penanaman rumput. Tapi apa cara pun yang
kita pilih kawasan yang akan ditanam tetap memerlukan penyediaan tapak.
Langkah2
penyediaan tapak tanaman
-
Ujian tanah (Soil test)
Boleh dibuat di UPM atau bertanyalah kpd pegawai Jabatan Pertanian yg
berdekatan. Tapi jika kawasan tanaman kecil dan awak menggunakan tanah
bakar atau tanah hitam. Ini tak payah pun takpe. Tapi kalau ni tanah
kuning yg kontraktor lambak depan rumah, atau dari dulu tanam apa pun tak
menjadi; awak boleh pilih utk buat soil test (paling tidak pun test pH
tanah) atau awak yang pergi mandi bunga.
Tujuan
utama ujian tanah ialah untuk mengetahui unsur apa yang kurang untuk tanah
tu dan kesesuaian tanah tu untuk sebarang jenis tanaman. Keperluan unsur
(atau nutrien) dari satu tanaman ke tanaman lain berbeza, so tanah yang
tidak sihat untuk suatu jenis pokok mungkin sesuai untuk rumput. Mungkin
juga suatu kawasan itu terlalu berasid atau beralkali untuk rumput dan perlu
pengubahsuaian.
-
Kawalan rumpai
- Paling senang dengan pembajakan tanah. Racun pun boleh jugak, 2 - 3
round ke. Saya biasa cadangkan Round-up sebab dia racun sistemik jadi
racun akan meresap ke semua bahagian tanaman. Biar seminggu dua; lepas tu
bajak.
-
Pembersihan kawasan
- Buang batu besar, tunggul, bangkai, dan lain-lain.
-
Pengairan dan saliran
– Untuk halaman
besar, park, padang bola atau golf, masalah besar ialah air. Air masuk dan
air keluar. Kita tak nak di musim kering, rumput kita kuning atau mati
kekeringan. Kita juga tak nak, di musim hujan, air bertakung merata-rata.
Di kebanyakan masa kita boleh pasang sistem sprinkler untuk pengairan dan
rangkaian longkang bawah tanah (sub-soil) untuk saliran.
-
Baja
- Ni utamanya pada org yg rajin (dan kaya) utk buat soil test tadi. guna
kan lah baja yg mengandungi nutrien yg kurang dlm tanah. Paling tidak pun
baja yg tinggi P nya utk menggalak akar. Masa ni lah jugak utk membetulkan
pH tanah. Biasanya - gunakan kapur lime. Paling biasa orang buat ialah
dengan menggunakan CIRP atau DAP pada kadar rendah.
-
Bajak
- Guna mesin bajak ditarik oleh traktor besar hinggalah menggunakan
cangkul utk melonggar dan membalikkan tanah. Fungsinya ialah a.
7membancuh7 baja atau kapur ke dalam tanah. b. membantu akar tumbuh ke
dalam tanah c. ketulan-ketulan tanah yang lebih kecil juga menyenangkan
permukaan tanah diratakan.
-
Rake –
bermaksud menarik permukaan dengan pencakar (secara manual atau
menggunakan mesin). Kita boleh membersihkan permukaan tanah dari apa-apa
yang dibawa keluar dari tanah sewaktu pembajakan.
-
Pembentukan tanah –
Lepas tu untuk kawasan besar, kita boleh berfikir untuk membentuk
rupabentuk mukabumi tanah tu seperti yang kita mahu. Kita nak laman yang
beralun ke, nak rata macam padang bola ke. Suka hati la. Hanya ingat,
bukan untuk sekadar kecantikan, tapi juga untuk membantu aliran permukaan
air ke tempat pembuangan air (sump, longkang; terbuka atau bawah tanah)
Lepas tu kita
boleh mula untuk proses selanjutnya iaitu penanaman.
|
|
Membentuk tanah.
Orang selalu ingin membentuk tanah untuk mengalirkan air keluar melalui
'larianpermukaan' (surface run-off) tetapi caranya salah: Ingat bahawa cara
ini paling berkesan dalam jarak 5meter dari titik air tu tiba di tanah anda
hingga ke tempat anda ingin dia keluar. Ertinya, kalau lebih dari 5
meter, anda perlu pikirkan tentang saliran tambahan (akan ada satu muka
tentang saliran dimasa akan datang). Lebih jauh jarak air mengalir, lebih
banyak masa ia ambil, lebih lama anda tunggu untuk kering.
Prinsip saliran; air akan mengalir melalui jalan paling sikit rintangan
(path of least resistance). Gunakan tanah yang padat utk membentuk saliran
permukaan, bukan pasir. Air akan meresap kedalam pasir hingga ia
bertemu tanah padat di bawah. Ertinya, ia mengalir ke bawah dulu, kemudian
ia mengalir ke tepi. |