Laman web untuk rujukan rumput turf |
|
|
Nama Saintifik | ||
Siapa "Normas" Pencapaian Pengalaman Pendidikan Apa itu
rumput Di halaman
rumah |
Bila bercerita tentang rumput kita
sering mendengar tentang perkataan-perkataan seperti Rumput Lembu, Rumput
Kerbau, Rumput Bermuda, Rumput Zoysia dan juga nama-nama Inggeris yang pelik
seperti Lovegrass, Tifdwarf, Tifeagle dan sebagainya. Kita tahulah itu
nama-nama rumput, tapi kenapa kadang-kadang rumput yang dipanggil Cowgrass
(Rumput Lembu) disatu tempat berbeza dengan rumput di tempat yang lain?
Kenapa Tifdwarf di satu padang golf tak sama dengan Tifdwarf di padang golf
lain yang juga mendakwa green mereka ditanam dengan Tifdwarf? Ini semua adalah nama-nama umum untuk rumput atau tumbuhan. Dan kita tahu memang nama untuk satu tumbuhan atau haiwan memang berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu para saintis telah memberi nama saintifik (atau nama botani) kepada setiap tumbuhan dan haiwan. Nama tersebut adalah dalam bahasa Latin jadi kadang-kadang ia juga dipanggil sebagai 'nama Latin'. Setiap nama saintifik terdiri dua nama; satu nama generik dan satu nama spesifik. Nama generik ialah nama genus untuk tumbuhan itu. Nama spesies ialah nama paling asas untuk klasifikasi suatu kumpulan individu tumbuhan. Ia adalah nama yang menggambarkan perbezaan spesies itu kepada spesies yang lain dalam kumpulan genus yang sama. |
|
Nama spesies kekadang ialah nama orang yang menemui spesies tersebut, atau rupa spesies itu dalam Latin, atau nama tempat asal spesies itu. |
||
Kita ambil contoh Zoysia matrella dan Zoysia japonica. Zoysia adalah nama genus dan matrella dan japonica ialah nama spesies. Oleh kerana mereka mempunyai nama generik yang sama, ini menunjukkan mereka mempunyai pertalian yang rapat berbanding dengan rumput yang lain. | ||
Dua lagi perkataan yang biasa di dengar
ialah variety dan kultivar. Biasa perkataan-perkataan ini
digunakan boleh bertukar ganti tapi sebenarnya maksud keduanya adalah
berbeza. Variety ialah sekumpulan tumbuhan didalam populasi semulajadi yang
mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang di pilih oleh tekanan alam (cuaca
panas, air yang banyak dsb). Variety biasanya di tanam dari bijibenih.
Kultivar ialah suatu tumbuhan yang di pilih oleh manusia kerana ciri-ciri
mereka yang berbeza dari tumbuhan asal. Kultivar biasanya akan ditanam
secara vegetatif supaya ciri-ciri tersebut dikekalkan. Untuk rumput, ini
bermakna menanam dari sod, stolon atau rhizom.
Anda mungkin juga telah mendengar perkataan 'hybrid'. Umumnya, ini bermakna 'pengawinan' diantara populasi kultivar atau spesies. Kita 'kawin'kan satu kultivar atau satu spesi dengan satu yang lain, dan apa yang kita akan dapat ialah suatu 'hybrid' |