Ini adalah laman web alternate
untuk Normas Yakin. |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Siapa "Normas" Pencapaian Pengalaman Pendidikan Apa itu
rumput Di halaman
rumah |
Soalan pertama yang kita akan tanya bila bercerita tentang rumput ialah rumput apa? Jika kita berada dalam kategori orang yang ingin menanam rumput kita sendiri, apa yang kita harus fikirkan ialah; 1. Kegunaan; adakah rumput itu ditanam untuk menghias kawasan keliling rumah, taman permainan kanak-kanak, padang bola, padang golf dan sebagainya. Lain kegunaan akan menentukan jenis rumput. 2. Tahap penjagaan; berapa kali sebulan atau seminggu anda sanggup memotong, membaja atau berapa jam sehari anda sanggup habiskan untuk membuang rumput liar. Kita akan bahagikan kepada kategori; tinggi, rendah dan sederhana. 3. Kawasan yang akan ditanam; adakah ia berdekatan dengan bangunan atau ada banyak pokok? Setengah jenis rumput memerlukan lebih dari enam jam sehari cahaya matahari yang terang. 4. Belanja yang sanggup kita keluarkan; ada rumput yang memerlukan lebih banyak baja atau racun untuk penjagaan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Terdapat empat (4) jenis rumput hiasan utama di Malaysia:-
1.
Cowgrass Axonopus compressus (ada pendapat
mengatakan Paspalum conjugatum)
2.
Bermudagrass Cynadon dactylon atau beberapa hybrid
dari “perkahwinan” diantara Cynodon dactylon dan
Cynodon transuaalensis
3.
Seranggoongrass Digitaria didactyla
4.
Zoysiagrass Selalunya
ialah rumput Zoysia matrella atau kekadang
Zoysia japanica atau Zoysia tenufolia dan beberapa hybrid dari
Zoysia japanica dan Zoysia tenufolia. Selain dari itu, sekarang ni satu lagi spesis rumput yang semakin banyak digunakan ialah Paspalum vaginatum yang digunakan di beberapa padang golf berhampiran laut di Pantai Timur semenanjung kerana itu nama biasa untuk rumput ini ialah Seashore Paspalum. Lain-lain rumput ialah Carpetgrass yang sebenarnya ialah Axonopus affinis. Walaupun mungkin ada nursery yang mungkin akan menunjukkan jenis rumput Zoysia. Zoysia velvet ialah nama biasa untuk Zoysia tenufolia, Zoysia matrella juga dikenali sebagai Manilagrass dan jika anda ingin mencari rumput Jepun, cuba nama Zoysia japonica.
|
Serangoon grass Zoysiagrass
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Apa yang saya
syorkan? Untuk halaman rumah biasa (besar stem pos, banyak lindungan
bangunan, ada pokok, anak main kat situ, kucing berak situ) Mengikut
turutan: Pearlgrass, Cowgrass, Serangoongrass, Zoysiagrass atau Bermudagrass.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PERBANDINGAN EMPAT (4) RUMPUT TURF UTAMA DI MALAYSIA
|