Ini adalah laman web alternate untuk Normas Yakin.
Untuk rujukan mutakhir, rujuk:

www.mynormas.com

 Rumput turf

Siapa "Normas"
Pencapaian
Pengalaman
Pendidikan

Apa itu rumput
Bahagian rumput
Cara pembiakan
Jenis rumput
Faktor pemilihan
Rumput utama

Nama saintifik

Di halaman rumah
5 sebab
10 Faedah

Penyediaan tapak
Penanaman
Pembajaan

Masalah2 rumput

English Section
Turfgrass diseases

Grasses on greens
Golf course Machinery
Grasses on fairways

           

 



Rumput turf - suatu litupan tumbuhan termasuk strata atas tanah yang dipenuhi oleh akar dan/atau rhizom.  Rumput turf umumnya akan di potong pendek dan biasanya adalah seragam dan tumbuh rendah.

Pengurusan rumput turf mampu menjadi suatu hobi masa lapang atau satu bidang kerjaya, samada sebagai sebahagian dari bidang landskap, atau di taman, padang2 permainan, stadium atau padang golf.

Saya adalah seorang Superintenden Padang Golf dan banyak artikel di sini yang menjurus ke arah itu.  Saya cuba menyesuaikannya supaya ia lebih 'universal' tapi jika anda dapati ia susah di fahami, saya pohon anda email saya dan saya akan perbetulkan.

Walaupun mempunyai banyak bahan, tiada laman web yang boleh menjadi sumber rujukan kepada sesiapa yang ingin mencari fakta tentang rumput turf dalam bahasa Malaysia. 

Saya menawarkan laman web ini untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pemilihan, penanaman dan penjagaan rumput turf. 

Ia menggabungkan hobi dan kerjaya saya; menulis dan penjagaan rumput turf.

 Jika anda menggunakan fakta dari dalam laman web ini, saya minta anda memberi kredit kepada saya.

Artikel2 di dalam laman web ini ditulis oleh saya mengikut pengalaman dan pengetahuan peribadi saya atau kawan2 saya.  Kadang2, 2-3 minggu kemudian ada yang saya baru teringat, atau berdasarkan soalan yang saya terima dari pembaca, saya akan 'update' artikel tersebut.  Oleh itu, jika rumput turf ialah minat anda, selalulah menjenguk. Saya baru sahaja update bahagian 'penanaman' dan 'pembajaan' dan juga 'faktor pemilihan'.  Ada orang tanya saya tentang menanam bijibenih rumput yang diberi dari supermarket.  Anda boleh rujuk di bahagian "Cara pembiakan"

Masih banyak lagi yang perlu saya tulis; saya akan muatkan 'soalan lazim' dan saya akan bincangkan tentang perosak rumput turf di masa akan datang.  Jika anda mempunyai topik yang ingin anda lihat di sini; hubungi saya.  Jika anda ada artikel tentang rumput turf yang anda ingin muatkan; hantarkan kepada saya dalam bentuk MS Word.  Saya akan cuba muatkan. Cuba jangan gunakan apa-apa jenama.  Anda akan dapati saya bersifat neutral di sini.  Saya boleh menerima logo atau gambar produk untuk dimuatkan di laman web ini; cuma err... saya belum pasti saya reti ke nak 'buat'.  Laman web ni bukan untuk buat duit.  Tapi saya ingin dapatkan balik modal saya. Hubungi saya jika anda berminat untuk beriklan di sini.

 

Perarakan sukan di sebuah padang rumput

Ini adalah laman web 'mirror' untuk laman web utama saya di

www.mynormas.com

atau hubungi saya di

mynormas@yahoo.com

You want to know more about turf?  You have a question you want to ask about turf?  You want to plant a grass lawn? Your golf course needs a decision? 
You can pose all these questions and many more to Normas at:

mynormas@yahoo.com

Khidmat ini tidak interaktif dan bergantung kepada pemahaman anda kepada tulisan saya. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah,  kesulitan, atau kerosakan yang anda hadapi dari maklumat yang anda guna dari laman web ini. Sila hubungi saya di mynormas @yahoo.com untuk sebarang maklumat/komen.