Make your own free website on Tripod.com

www.mynormas.com

Laman web untuk rujukan rumput turf

 

Home

 

 

Bahagian utama Rumput turf (2)

 

 

Siapa "Normas"
Pencapaian
Pengalaman
Pendidikan

Apa itu rumput
Bahagian rumput
Cara pembiakan
Jenis rumput
Faktor pemilihan
Rumput utama

Nama saintifik

Di halaman rumah
5 sebab
10 Faedah

Penyediaan tapak
Penanaman
Pembajaan

Masalah2 rumput

English Section
Turfgrass diseases

Grasses on greens
Golf course Machinery
Grasses on fairways

English Section
Turfgrass diseases

Grasses on greens
Golf course Machinery
Grasses on fairways

 
  Shoot (pucuk) - terdiri dari batang tengah yang pendek, dengan daun atau batang yang keluar dari nod yang berturutan.  Ini adalah unit rumput turf yang utama.

Batang - (a) Badan utama suatu tumbuhan yang mungkin dalam bentuk internod yang pendek dengan nod-nod yang rapat-rapat; ini juga dipanggil sebagai "crown".  Dan/Atau (b) internod panjang yg tumbuh mendatar diselangi oleh nod; dipanggil juga "stolon" atau "rhizom". Atau (c) internod panjang yang tumbuh menegak dan berakhir dengan  infloresens (bunga). Bahagian (c) ini juga dipanggil "culm".

Nod - Bahagian bersendi atau bengkak suatu batang yang mengandungi tisu meristematik dimana daun, akar atau cabang tumbuh. 

Internod - Bahagian batang diantara dua nod yang berturutan.  Memotong suatu internod, contohnya melalui verticutting, akan merangsang nod-nod di kedua bleah untuk mengeluarkan pucuk dan akar baru.

Daun - Pertumbuhan dari batang, terdiri dari lai-daun (blade) yang leper dan bahagian bawahnya (sheath) yang mengelilingi batang.  Struktur utama yang mengandungi klorofil.

Sheath, daun - bahagian bawah daun yang berbentuk tiub mengelilingi batang. Mengandungi sedikit klorofil.

Stolon - pucuk sekunder (secondary) yang tumbuh mendatar di atas permukaan tanah. 
Fungsi :-
- menyebarkan pertumbuhan rumput
- kekuatan sod
- simpanan tenaga dalam bentuk karbohidrat
- stolon dijadikan bahan untuk menanam secara vegetatif

Rhizom - pucuk sekunder yang tumbuh secara mendatar di bawah permukaan tanah. 
Fungsi :-
- menyebarkan pertumbuhan rumput
- kekuatan sod
- simpanan tenaga dalam bentuk karbohidrat
- potensi pemulihan yang lebih baik
- stolon dijadikan bahan untuk menanam secara vegetatif
- peluang hidup dari keadaan dorman - yang disebabkan oleh sejuk, panas atau kemarau - lebih baik.

Infloresens - bahagian bunga suatu tumbuhan.